Mempamer & mengenengahkan Industri Jet & Boieng enjin, pusat sumber Teknologi Angkasa Lepas
Monday, 6 June 2011
BELAJAR & KENALI DENGAN LEBIH DEKAT TENTANG ENJIN JET
Apa itu Enjin Jet? Adakah pengetahuan anda mengenai Enjin Jet ini sekadar melihat kapal terbang Jet pejuang yang mundar mandir di awan?? atau memang anda tahu secara dekatnya tentang perkara ini? atau pun anda memang langsung tidak tahu tetapi ada usaha, minat dan sedikit pengetahuan mengenai Enjin Jet tersebut? Walau apapun yang bermain di fikiran anda sekarang saya pasti anda tentunya ingin tahu dengan lebih lanjut. Suka saya maklumkan bahawa pengetahuan tentang perkara tersebut amatlah terbatas di negara kita ini. Walhalnya teknologi ini sebenarnya teknologi yang mudah untuk kita fahami. Tidak semudah untuk kita mempelajari teknilogi dalam bidang enjin-enjin lain seperti enjin kereta , motor ataupun lori. Perkara yang dianggap susah sebenarnya adalah satu pelajaran yang ringkas. Lazimnya apabila ditanya soalan kepada salah seorang orang awam mengenai enji Jet atau Enjin Boieng rata-rata mereka akan berkata "Wow!! Besar tu...!!!" " Berapa banyak kos nak guna??" " Nak buat apa dengan enjin Jet?" "Susah tu nak buat" "Kita bukan Mat Salleh mana boleh" ini adalah sebahagian dari jawapan yang saya sering terima sewaktu saya menjalankan servey bagi mengambil tahu pandangan dan pendapat orang-orang di negara kita ini. Saya tidak pernah kecewa mahupun berduka malah menarik minat saya untuk memberikan pendekatan kepada masayarakat serta meraeka yang mempunyai minat untuk belajar tentang Teknologi ini. Ini bukan perkara baru tetapi baru kita nak kenal jadi usaha itu penting walaupun tiada wang ringgit yang berjuta. Cuma kemahuan untuk maju mesti ada dan kuat ditanam kan dalam diri kita. Tunjukan minat anda dan saya akan berikan ILMU kepada anda. Saya harapkan kepada semua pembaca terutama rakyat Malaysia ambillah peluang ini seperti sebungkal Emas di depan mata cuma perlu dicuci supaya dapat dijual hasilnya. Insyaallah..
Label:
keydaldesign
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment